radhiah — Nafsu radhiah.
raghib — Orang yang dilalaikan oleh dunia, syaitan dan dorongan hawa nafsu yang rendah. Akalnya tidak terbuka untuk memikirkan tentang kebesaran dan kemurahan Tuhan Hatinya hanya dipenuhi oleh tuntutan hawa nafsu, tidak ada selira untuk mengingati Tuhan atau beribadat kepada Tuhan.
Rahsia — Rahsia atau Sir adalah ‘perantara’ yang kerananya penciptaan makhluk menjadi mungkin. Ia menjadi pemangkin atau hijab kepada kewujudan makhluk. Rahsia atau Sir inilah yang memungkinkan ada hubungan makhluk dengan Tuhan. Hakikatnya hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya.
Rahsia Allah s.w.t — Sama seperti Rahsia.
Roh Allah s.w.t — Hakikat Roh. Urusan Tuhan yang berhubung dengan roh-roh. Ia dinamakan Roh Allah, iaitu hakikat yang berada pada sisi Allah s.w.t yang menguasai semua roh-roh.
Roh Insan — Latifah Sir.
Roh Muhammad — Roh yang paling latif yang menjadi penjana kepada sekalian kehidupan.
Roh Mutlak — Roh Allah s.w.t.
Roh Tuhan — Roh Allah s.w.t.
Rububiah — Suasana Pentadbiran Tuhan mengenai makhluk.