Mohamad Nasir bin Majid atau dikenali dengan gelaran Tok Faqir an-Nasirin berasal dari Seberang Takir, Terengganu Darul Iman.
Mulai tahun 2003, beliau menyiarkan tulisan-tulisannya di laman tamansufi.tripod.com. Di situlah karya-karyanya sampai kepada pembaca selama lebih dua puluh tahun, sehinggalah laman itu terhenti pada tahun 2026 apabila perkhidmatan Tripod ditutup. Himpunan ini dikumpulkan agar tulisan beliau terus dapat dibaca dan dimanfaatkan.
Beliau telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampuni segala kesilapannya, dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang diredai.
Al-Fatihah.