baqa — Suasana kerohanian selepas peringkat fana. Dalam kebaqaan hati merasakan kekal, iaitu tidak berpisah dengan Allah s.w.t.
baqabillah — Baqa atau kekal bersama-sama Allah s.w.t
Balhut — Keadaan Zat Allah s.w.t yang tidak dapat dihuraikan.
barzakh — Sempadan yang memisahkan dua perkara atau keadaan yang berlainan.
basirah — Mata hati atau keupayaan mengenal yang ada pada rohani.
benih kemanusiaan — Sumber penciptaan makhluk bangsa manusia.
bidaah — Perbuatan dan perkara-perkara yang tidak sesuai dengan Sunah Rasulullah s.a.w.